Wednesday, 26 March 2014

Insan yang seimbang dan harmonis

Unsur  insan yang seimbang dan harmonis merupakan unsur keempat dalam FPK. Menurut En. Mok Soon Sang, definisi insan yang seimbang dan harmonis ialah insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas. Beliau juga menyebut tentang kepentingan perancangan pengajaran oleh guru di mana Bahan Bantuan Belajar (BBB) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memainkan peranan dalam pengajaran. Guru boleh menyediakan kertas dan pen warna untuk pelajar melukis ‘i–THINK map’ atau peta pemikiran dalam pelbagai corak. Program ini dapat merangsangkan pemikiran pelajar agar dapat menggambarkan topik–topik pembelajaran secara keseluruhan. Penggunaan internet pula dipertingkatkan dengan adanya 1BestariNet. 1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Virtual Learning Environment (Frog VLE) ataupun Persekitaran Pembelajaran Maya menjadi saluran pembelajaran, pengajaran dan pentadbiran di mana guru, pelajar dan ibu bapa boleh berinteraksi untuk meningkatkan prestasi pelajar. Melalui Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru dan mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE di mana mereka boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.  Di samping itu, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka. The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE Selain pendidikan dalam kelas, dalam KSSR, aktiviti unit beruniform dan sukan telah diwajibkan untuk murid Tahun Empat hingga Enam dan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima. Dengan yang sedemikian, guru boleh mengambil kesempatan untuk menerapkan nilai seperti berdikari, kasih sayang dan bertanggungjawab kepada pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan seterusnya melahirkan pelajar yang seimbang.

No comments:

Post a Comment