Wednesday, 26 March 2014

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Unsur seterusnya dalam Falsafah ini ialah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Untuk melahirkan sebuah negara yang maju dan kurang masalah sosial, generasi muda patut diberi perhatian dan pendidikan dari segi pengetahuan, moral dan jasmani. Oleh itu , Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dikeluarkan pada tahun 1983 dan digantikan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993. Pada tahun 2011, Kementerian Palajaran telah melancarkan satu kurikulum sekolah yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk murid Tahun Satu dan Dua manakala KBSR masih digunakan untuk Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Dari 3M dalam KBSR, KSSR mempunyai 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. Selain menitikberatkan pemikiran secara kreatif, KSSR juga menumpukan kepada inovasi dan keusahawanan. Guru sebagai pendidik akan mengajar subjek yang mampu membantu mengembangkan potensi seseorang pelajar itu seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik untuk tujuan 4M, manakala Pendidikan Islam dan Moral untuk kerohanian pelajar. Malah, ilmu teknologi dan maklumat juga disebarkan di sekolah melalui kelas komputer. Menurut En. Yahya Don, pengarang ‘Kepimpinan Pendidikan di Malaysia’, guru perlu menjadi penggerak utama di dalam kelas di mana guru bersedia menggunakan teknologi dan menjadi model kepada pelajar. Di era teknologi ini, jika pelajar disediakan dengan pengetahuan komputer, mereka boleh menceburi bidang ini pada masa depan dan lebih tinggi peluang pekerjaannya. Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup pula, unsur keusahawanan telah diajar manakala mata pelajaran Prinsip Perakaunan mengajar pelajar untuk membuat buku kiraan. Gabungan ilmu komputer dengan otak berniaga mampu melahirkan generasi yang nescaya dapat membawa negara tercinta ke peringkat lagi tinggi.

No comments:

Post a Comment